Saya nak share berkaitan pokok tanaman yang ada di rumah saya. Pokok ni
pemberian kakak saudara yang berasal dari kampung wang kelian.. memang
banyak pokok ketumbar jawa di laman rumah beliau.. katanya pokok ni berasal dari
Thailand.. orang Thailand suka bau daun ni dalam masakan... Alaa pokok ni
sama bau dengan daun ketumbar yang ada di pasar.daun ketumbar jawa ni bleh
dipotong halus dan masukkan ke dalam masakan seperti sup daging,sup
ayam,kerabu megi,kerabu perut,masak stim ikan siakap dan lain2... Aroma dia
memang saya suka.. kalau masak kemudian masukkan daun ni feeling makan di
Thailand... Boleh dikatakan penyedap masakan saya sekiranya nk masak ala
thai... Ni mertua saya da buang setengah anak pokok ni untuk tanam pada pasu
yang lain...tengok mentua saya pon sayang dengan pokok ni sebab dia pon suka
dan sedap dengan aroma daun ketumbar jawa ni..daun ketumbar jawa ni juga
digunakan untuk membasuh ikan air tawar..untuk mengurangkan bau pada ikan
tersebut...
Ni saya kongsi khasiat pokok ketumbar jawa:
1. DAUN
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam,
diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh
melawaskan pembuangan air besar.
Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat
demam panas, selsema,serta radang paru-paru.Cecair daun diperah dan sisa
daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk
merawat bisul, kudis dan luka.
2.AKAR
Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.
3. DAUN DAN AKAR
Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit
seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang
haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan
sebagai afrodisiak.
4. KHASIAT PEMAKANAN
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur
atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai
salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun
tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih
kuat seakan pepijat. Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun
ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.
Disini saya share perjalanan ke kampung wang kelian

No comments:
Post a Comment