Tanaman kegemaran suami saya... Buah kesukaan anak saya. Sedap makan buah Fresh petik di laman rumah๐๐
Tuesday, 16 June 2020
Resepi Somtam mudah dan sedap
Resepi somtam aroi menggunakan lesung batu...
Bahan2 yang diperlukan:
1.betik 1biji yang telah di parut panjang
2.gula kabung atau gula somtam 4sudu besar.kalau tak ada boleh letak gula yang buat buah melaka tu sikit cmpur gula putih...
3.kacang panjang 6 batang dipotong sederhana pendek sesuai untuk ditumbuk
4.udang kecil kecil berwarna kemerahan
5.cili sesedap rasa (saya suka 3biji cili)
6.asam limau 3biji lagi masam lagi sedap.ikot selera
7.kacang tanah 4sudu besar yang telah siap digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
8.kicap cair ikan cap sotong
9.garam secukup rasa
10.3biji tomato dipotong
11.4ulas bawang putih
12.2ulas bawang merah
13.gula 1sudu
Cara memasak :
Saya pon tak ada lesung somtam...saya guna lesung batu sahaja
1.tumbuk 3sudu gula kabung/gula somtam, gula dan garam hingga lumat
2.masukkan bawang putih,bawang merah,udang kecil serta cili ke dalam lesung ditumbuk sederhana (jangan lumat) kaup dan letak ke dalam bekas contoh besen untuk digaul bersama betik dan lain2 bahan.
3.tumbuk manja2 betik yang diparut panjang2 bersama tomato dan kacang panjang & kacang goreng.tumbuh sehingga nampak berair.kaup dan letak bersama adunan langkah 2 td.
4.tuang 2½ sudu kicap sotong(kicap ni masin)
5.perah asam limau & gaul2kan menggunakan senduk sehingga rata..ikot selera jika suka dengan ajinomoto.saya tak letak ajinomoto.
6.siap untuk dihidang..๐๐
Sunday, 14 June 2020
Resepi kerabu perut lembu
Resepi kerabu perut lembu sedap rasa ala thai...
Bahan2
1.perut lembu
2.halia 2cm ditumbuk lumat
3.Lengkuas 2cm ditumbuk lumat
4.serai 2batang ditumbuk lumat
5.sebiji buah limau..
6.bawang merah 1labu di potong dadu
7.bawang putih 2ulas di tumbuk lumat
8.cili ikot sepedas rasa di potong bulat atau senget
9.kerisik 3sudu besar ditumbuk bersama garam 1sudu kecil &gula 1½ sudu besar
10.tomato 1biji dipotong dadu
11.daun ketumbar jawa dipotong halus
12.1sudu kecil lada hitam yg ditumbuk halus ikot kepanasan selera anda
Friday, 12 June 2020
Resepi Masak lemak cili padi ketam yang sedap
Resepi Masak lemak cili api atau cili padi ketam...
Bahan2 yang diperlukan untuk masak lemak cili padi ketam :-
1.ketam 1kg
2.santan 1kotak jenama apa pon xpa...kalau guna santan segar anggaran dalam Rm2 kt perlis
3.bawang besar 1labu ๐
4.bawang putih 3ulas๐
5.kunyit hidup ๐
6.lengkuas 2cm๐
7.serai 1batang๐
8.halia 2cm๐
9.cili padi hijau5 dan cili merah 3๐ikotla nk makan pedas ke x..
10.cili besar 2biji๐
11.sos tiram 2sudu(xletak xpa)letak sbb saya xguna ajinomoto
12.daun ketumbar jawa 2helai di potong
13.daun kunyit 1helai di potong
14.garam 2 ½sudu kecil
15.gula 2sudu besar
16.asam keping 1keping
17.air 3cawan
Cara masak..
1.kisarkan dengan blender bahan2 yang bertanda ๐
2.sediakan kuali dan masukkan 2sudu minyak
3.bila minyak sudah panas masukan bahan yang diblender td...tumis hingga bau harum menusuk hidung..masukkan 2sudu sos tiram
4.bila bahan yang diblend td hampir kering masukkan air 3cawan..masukkan asam keping..biar mendidih kemudian masukkan ketam.. kaup2
5.masukkan santan dan kaup2..biar mendidih.. masukkan garam,gula secukup rasa.. tabur daun kunyit dan daun ketumbar jawa..
Siap untuk dihidang...
Subscribe to:
Posts (Atom)







